Wednesday, September 2, 2009

ANTARA KESILAPAN MUSLIM DI BULAN RAMADHAN...


Alhamdulillah..Ramadhan menjelma lagi..sesungguhnya inilah masa terbaik untuk kita menambah pahala selain mengharapkan keberkatan dari Allah s.w.t..Tetapi, sedarkah kita dalam keghairahan kita menyambut bulan yang mulia ini, kadangkala kita lalai dan lupa sehingga melakukan beberapa kesalahan tanpa kita sedari..


Antara kesilapan yang sering kita lakukan di bulan Ramadhan ialah :


1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam). Keadaan seperti ini ada disebutkan dalam hadith ertinya: "Sesungguhnya sesiapa yg telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu"(Riwayat Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkn sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.."(Fathul-Bari,4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukan ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..


4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ini adalah satu kesilapan yg amat besar. Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang. Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yang akan ditanya oleh ALLAH kpd kita di akhirat kelak.


5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan kerja yg kita lakukan di pejabat atau di mana-mana tempat kerja pun, bila diniatkan Ibadah maka sudah pastinya akan menambahkan lagi pahala untuk kita.


6) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah. Sedangkan Imam As-Suyuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah. (Al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291)


7) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutama sekali solat Subuh berjemaah yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w..: "Bagi orang yang mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam."


8) Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat sekadar inginkan kemeriahan. Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang itu(lelaki mahupun wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha ALLAH SWT sebagaimana yg ditetapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadith yang bermaksud : "Sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat". (Riwayat Bukhari)


9) Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba'. Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan ALLAH & RasulNYA.. wal'iyazubillahi min zaalik..

No comments:

Post a Comment