- Berdasarkan Kajian Profil Rakyat Malaysia (1996), jenis bahan bacaan yang disukai oleh kanak-kanak berumur lima hingga Sembilan tahun adalah komik (41%), buku(26%), suratkhabar (10%) dan majalah (6%).
- Fakta tahun 2000 hingga 2002 menunjukkan jenis buku kanak-kanak yang tertinggi penggunaannya di Perpustakaan Negara Malaysia adalah fiksyen, diikuti buku-buku bukan fiksyen sains dan teknologi, sains sosial dan bahasa.
- Di Barat, industri karya kanak-kanak jauh lebih rancak serta serius, malah karyawan karya kanak-kanak juga jauh lebih dihargai. Ia termasuklah pemberian anugerah khas kepada penulis yang berjaya menghasilkan karya yang bermutu tinggi.
- Penerbit universiti juga aktif menerbitkan bahan bacaan kanak-kanak termasuklah penerbit dari universiti ternama dunia seperti Yale University dan University of Chicago.
- Ibu bapa di negara kita telah menghabiskan sekitar 1.5 juta wang mereka untuk kanak-kanak pra-sekolah dan sekitar 3 juta untuk pelajar sekolah rendah.
- Negara kita hanya menghasilkan kira-kira 5,000 jilid buku cerita kanak-kanak dalam setahun berbanding 50,000 naskhah setahun bagi luar negara.
- Secara purata rakyat Malaysia hanya membelanjakan RM27 sebulan untuk membeli bahan bacaan.
- Hanya kira-kira 6,500 judul buku baru diterbitkan di Negara ini dalam setahun.
- Secara purata rakyat Malaysia hanya membaca satu setengah muka buku setahun.
Sunday, August 23, 2009
KETAHUI FAKTA INI!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment