pastikan hari ini lebih baik daripada semalam.....
BICARA SEPI SEKEPING HATI...
"Ya Allah..Engkau Maha Mengetahui bahawa hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu.Hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati ini.Tunjukkanlah kepada hati ini akan jalan-Nya yang sebenar...
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati ini dengan limpahan keyakinan dan keindahan tawakal kepada-Mu.Hidup suburkan hati ini dengan makrifat sebenar tentang-Mu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah
pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkau adalah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..."
KEMANISAN IBADAH
"Bagi setiap Muslim yang melihat kepada kecantikan seorang wanita, lalu dia mengalihkan pandangan (ke tempat lain), Allah akan menimbulkan suatu ibadat yang akan dirasakan kemanisan di dalam hatinya"
(Riwayat Imam ahmad & Ath-Thabrani)
salam cuyaaaaaa...
ReplyDeletewah mantap lah kamu pasni masuk gadis melayu pulak ye...hhehe..
teruskan jihad
Syabas. laman web feminin yang comel. Teruskan pendekatan. tapi nape letak nota kuliah? cuba teruskan isu-isu wanita menurut Islam. Ok
ReplyDelete